Higher Learning

SAPIA (Sijil Asas Pengajian Islam Ar-Raudhah)

Sijil Asas Pengajian Islam Ar-Raudhah (SAPIA) adalah pengajian Islam separuh masa yang menawarkan modul-modul asas untuk memenuhi keperluan meraka yang tidak berpeluang melalui pembelajaran agama secara formal. Program ini menekankan aspek kefahaman dan penghayatan yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan.

Dengan mengikuti program ini, mereka dapat mengetahui secara menyeluruh dasar-dasar agama dan memahami dengan lebih jelas ajaran-ajaran agama Islam agar dapat mengamalkannya sebaik mungkin dalam kehidupan harian.

Syarat Kemasukan

Program ini dibuka kepada semua yang berusia 16 tahun keatas. Peserta tidak perlu mempunyai latarbelakang pendidikan agama yang formal untuk menyertai program ini.

Sistem Pengajian dan Penilaian

Program akan diadakan secara bermodul selama 1 tahun. Setiap modul mengambil masa selama 6 minggu. Pembelajaran berlansung seminggu sekali dalam masa 1.5 jam. Program ini berdasarkan pengajian di dalam kelas semata-mata, tiada peperiksaan sepanjang pengajian. Peserta akan dinilai berdasarkan kehadiran.

Modul Pengajian

Program SAPIA mempunyai sebanyak 6 modul pembelajaran, iaitu: Aqidah, Fiqh Thoharah, Fiqh Solat Lanjutan dan Puasa, Hadith, Tafsir, Sirah Nabawiyyah.

Yuran

Yuran adalah sebanyak $50 sebulan. Manakala yuran pendaftaran adalah sebanyak $50(sekali sahaja). Ini tidak termasuk dengan harga nota dan buku.

Syarat Penganugerahan Sijil Tamat Pengajian

Sijil penyertaan akan diberikan setelah:

  • Tamat kesemua modul dengan menepati 80% kadar kehadiran bagi setiap modul.

Selesai melunaskan yuran yang telah ditetapkan.

SPIA (Sijil Pengajian Islam Ar-Raudhah)

Sijil Pengajian Islam Ar-Raudhah (SPIA) ditawarkan oleh Jabatan Madrasah Masjid Ar-Raudhah sebagai sebuah pengajian separuh masa madrasah yang merangkumi pelbagai disiplin agama.

Disamping menawarkan pengajian agama yang teras seperti pengajian Tafsir, Hadith dan Fiqh, SPIA juga menawarkan beberapa pengajian yang mempunyai aspek aplikasi dan kefahaman berdasarkan kepada keadaan dan kehidupan semasa seperti Tasawwur Islam, Sejarah Tamadun Islam dan Sejarah Pendidikan Islam. Pengajian ini sesuai untuk peserta yang sudah mengikuti pengajian fardhu ‘ain peringkat asas di pelbagai institusi pengajian Islam atau madrasah separuh masa.

Syarat Kemasukan

Peserta yang ingin mengikuti pengajian ke Sijil Pengajian Islam Ar-Raudhah perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Berusia tidak kurang daripada 16 tahun.
  • Pernah mengikuti pengajian Islam secara formal di pelbagai institusi pengajian seperti masjid, persatuan Islam, agensi swasta dan lain-lain.

Sistem Pengajian dan Penilaian

Setiap modul akan mengambil masa kira-kira 7 sesi pengajian (atau kira-kira 21 jam). Dalam satu semester (4 bulan), peserta boleh menamatkan 2 modul. Peserta yang berjaya untuk setiap modul akan mendapat 3 kredit. Peserta harus menamatkan 12 modul atau mendapat 36 jam kredit untuk berjaya dalam pengajian.

Penilaian dijalankan secara berterusan dan di akhir setiap semester. Tujuan penilaian berterusan ialah untuk membolehkan peserta dan pensyarah menilai kebolehan dan pencapaian seseorang peserta dari masa ke semasa supaya peserta dan pensyarah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Modul Pengajian

Program SPIA mempunyai sebanyak 12 modul pembelajaran, iaitu:

Hadith 1 & 2, Tasawwur Islam, Aqidah. Fiqh Ibadah. Muamalat, Munakahat, Sejarah Pendidikan Islam, Tafsir, Sirah Nabawiyyah, Sejarah Tamadun Islam.

Yuran

Yuran adalah sebanyak $70 sebulan. Manakala yuran pendaftaran adalah sebanyak $50(sekali sahaja). Ini tidak termasuk dengan harga nota dan buku.

Syarat Penganugerahan Sijil Tamat Pengajian

Sijil Pengajian Islam akan dianugerahkankepada peserta setelah:

  • Tamat kesemua modul dengan menepati 80% kadar kehadiran bagi setiap modul.
  • Selesai melunaskan yuran yang telah ditetapkan.

DPIA (Diploma Pengajian Islam Ar-Raudhah)

Diploma Pengajian Islam Ar-Raudhah merupakan pengajian separuh masa selama 3 tahun sebagai lanjutan dari SPIA. Peserta dari program Diploma ini berkelayakan meneruskan pengajian Islam mereka ke peringkat Sarjana Muda selepas tamat dan lulus kesemua modul yang ditawarkan. Program ini terbuka kepada kesemua lapisan umur melebihi 18 tahun.

Syarat Kemasukan

Peserta yang ingin mengikuti pengajian ke Diploma Pengajian Islam Ar-Raudhah perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Berusia tidak kurang daripada 18 tahun.
  • Lulus dari SPIA / Sijil Pengajian Islam atau yang setaraf dengannya

Sistem Pengajian dan Penilaian

Setiap modul akan mengambil masa kira-kira 7 sesi pengajian (atau kira-kira 21 jam). Dalam satu semester (4 bulan), peserta boleh menamatkan 2 modul. Peserta yang berjaya untuk setiap modul akan mendapat 3 kredit. Peserta harus menamatkan 18 modul atau mendapat 54 jam kredit untuk berjaya dalam pengajian.

Penilaian dijalankan secara berterusan dan di akhir setiap semester. Tujuan penilaian berterusan ialah untuk membolehkan peserta dan pensyarah menilai kebolehan dan pencapaian seseorang peserta dari masa ke semasa supaya peserta dan pensyarah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Modul Pengajian

Program DPIA mempunyai sebanyak 18 modul pembelajaran, iaitu:

Hadith, Aqidah, Usul Fiqh, Ulum Al-Quran, Maqasid & Qawaid Syariah, Mustholah Hadith, Tafsir Ahkam 1 & 2, Bahasa Arab 1 & 2. Fiqh Kontemporari 1 & 2. Usul Dakwah, Faraid, Sejarah Peundangan Islam, Asas Kaunseling, Tazkiyah Nafs, Fiqh Jenayah.

Yuran

Yuran adalah sebanyak $80 sebulan. Manakala yuran pendaftaran adalah sebanyak $50(sekali sahaja). Ini tidak termasuk dengan harga nota dan buku.

Penganugerahan Sijil Tamat Pengajian

Sijil Diploma Pengajian Islam akan dianugerahkan kepada peserta setelah:

  • Tamat kesemua modul dengan menepati 80% kadar kehadiran bagi setiap modul.
  • Selesai melunaskan yuran yang telah ditetapkan.